SENYUM.. kita ada banyak sebab untuk gembira berbanding cuma satu sebab untuk bersedih :)
Showing posts with label aku dan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label aku dan kehidupan. Show all posts

Oct 22, 2011

10 petanda dia jodoh kita :)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 11, 2011

fazlina. ingatlah !



Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan 
motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi 
segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...

Kenapa AKU DIUJI? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya 
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang 
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh 
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah 
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
-Surah Al-Baqarah ayat 216 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
-Surah Al-Baqarah ayat 286 

KENAPA MERASA KECEWA 
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal 
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
- Surah Al-Imran ayat 139 

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala 
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih 
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan 
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 
-Surah Al-Imran ayat 200 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan 
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat 
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
-Surah Al-Baqarah ayat 45 


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka 
dengan memberikan syurga untuk mereka... .. 
-Surah At-Taubah ayat 111 



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya 
aku bertawakkal." 
-Surah At-Taubah ayat 129 

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!! 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada 
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." 
-Surah Yusuf ayat 12 


::: Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita :::
peringatan buat kita semua terutamanya kepada diriku yang daif ini. :(



~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 7, 2011

esokk.

esok?
ada apa dengan esok?
alaaa esok ada..
ermm.............
ada...............
esok..
ermmm..





esok cek kena balik Alor Setar dah laaa ! hailaaa =="
tolong laaa faham.
heee :D


takmau balik..
takmauu..
pleaseeee..
tolong faham perasaan cekk
pleaseeeeeeeeeeeeeee :(

huhu
tapi..
cek kena balik jugak jugak waau macamana pon !
sebab ape?
sebab masih ada perjuangan yang  belum selesai.
JIHAD !
:D

cek kena usaha lebih pada sem sem yang akan datang..
result sem nie?
alhamdulillah.
meningkat dari sem lepas.
TERIMA KASIH YA ALLAH ! :)

sem depan?
insyaAllah.


okayyy !
:P
:D
:)
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 4, 2011

tak tahu apa apa.

semoga..
dengan kesabaran aku ini akan membuahkan sesuatu yang indah..
yang selesa.
insyaAllah..

dugaan..
datang tanpa dipinta. :(
hermm
kuatkan kesabaran aku, Ya Allah..
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 2, 2011

ungkapan MAAF itu..

Maaf. Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.


Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu katamu?
Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hatimu?
Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?




Mengalah Bukan Bererti Kalah

Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.
What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air.

Maafkan Dia Kerana Tidak Meminta Maaf Padamu
Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwamu. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA

Maafkan dirimu. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!
Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.

Maaf Itu Membahagiakan
Kalau kamu benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.
Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu.
Abu Burdah r.a berkata:  Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:  Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
sumber :
Artikel iluvislam.com



ehem. bagi aku pulak, kalau aku minta maaf bermakna aku sangat bersungguh-sungguh!  i really mean it. aku bukan berpura-pura. i'm serious. takde istilah main-main kalau aku minta maaf. huhu :)


sekian..
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 1, 2011

mood rajin ! mood rajinnnn !

huhhhh ~
berulangkali ku seru mood rajin namun tidak jugak datang kepada ku.. haihhh
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
kenapa aku malas?
haha yeay ! sebab aku tak rajin lahhh, itu pun mau tanya ka? choihhhh ! =='

ermm
dah tak lama dah aku nak berehat rehat kat rumah nie..
uwaaa takmo balik Alor Setar..
macam macam masalah ada nanti :(
hurmm :(
serabut dah.
haihhh, haaihhh dan haihhhh lagi :(

tak baik kan aku? asyik mengeluh saja.
grrr !

taktau lah.
taktau apa?
taktau lahhhh !!



dah laa.
nakp kemas kemas baju.
nak sumbat dalam beg.

bye.
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jun 28, 2011

aku rindu. sungguh aku rindu ! Ya Allah :(

ehemm. sungguh aku cakap. aku sangat sangat rindukan sahabat sahabat aku masa sekolah. mereka sahabat terbaik aku ada ! semuanya. even aku keluar dengan kawan kawan baru pun, hati aku tetap teringatkan sahabat sekolah aku. hemm. maaf kawankawan baru, bukan aku tidak sayang, tapi aku sedang menyesuaikan diri aku. dalam proses menerima. :) korang pun aku sayang !

sahabat sekolah aku.
nanti kita keluar oke.
rindu sangat.
sangat !
sangat !!

kalian hebat :)

memahami jiwa saya.
memahami perangai saya.
melawak kalian mencuit hati saya.
heee
senang cerita..
SANGAT SANGAT SAYANG HAMPA ! <3

:)


p/s : jangan lupa cek tauu :(, ingat kita sahabat selamanya.
terutamanya FATIN, ATIN, SYAFIQ,DANIEL, FAIZ, HALIE dan juga SAHABAT yang lain.
rindu sangat !
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

erm..

huhu aku takde idea nak post. tiap tiap hari jenguk buang sawang jee, tapi nak post serrrr otak blankk -_-'.
huhu

ermmm..
fazlina.
ingat ye.
belajar bersabar.
teruskan bersabar.
Allah kan suka orang yang bersabar :)

ikhlas?
ikhlas nie tak boleh cakap.
kalau kita cakap,  benda benda yang kita buat tuu, kita akan riak.
Allah kan tak suka orang orang yang riak, takabbur and segala yang berkenaan.
huhu
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

May 19, 2011

hihi, adik dah besaq la ayah ! :D

opsss ! adik? oke oke, i admit. i'm still adik oke even dah besar. HAHA 
nak gelak? oke. gelak la banyakbanyak, puaspuas sampai kembang perut anda! 
cek tak kisahhh :P
tapi ingat, yang kembang perut anda, bukan perut saya ! opss! :D hehe



~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

May 6, 2011

baru hang nak sedaq ka fazlina????!!!

eeeee sungguh ! sungguh aku menyesal yang teramat sangat ! menyesal. aku harapkan lain. Allah.. :(
padan muka hang fazlina ! padan muka aku cakap !!! selama nie tak sedaq sedaq lagi kan ? tengok ? apa dah jadi sekarang ? tulaaa, hang over confident sangat kann ?? arghhhh ! kalau laaa boleh jerit kat sini, tanpa diundang aku dah jerit tahu! :( :( :( i'm really down right now :( :( :(
niat hang jahat kan? hang over confident !!!!!!




STOP!

SORRY TO ALL.
I'M REALLY DOWN.
REALLY.
:(

bye.
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Apr 18, 2011

telah ku pilih jalanMu.

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beiman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya 
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan
Ampuni aku
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rindu ini imiginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu menjadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan doa

Dan ku mohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati ini
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian
DAn akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Mar 4, 2011

kuat !

Allah.
Kuatkan aku.
berilah aku kekuatan untuk membuat pilihan.
kuatkan aku untuk berkata benar walaupun ia begitu pahit untuk diriku serta orang lain.
tolong aku Ya Allah.
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Mar 1, 2011

!!!!!!!!!!!!!

 choose time ! (!_!)
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jan 31, 2011

...

Allah
Kuatkan Aku Ya Allah
Aku Perlukan Kekuatan DariMu
Bantu Aku Ya Allah

(!_!)



Buat Teman Yang Menemani Perjuangan Dalam Hidupku
Terima Kasih Buat Segalanya
Aku Sayang Kamu Kerana Allah



Sungguhhh 
(!_!) 

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jan 15, 2011

where?

saya rindu akan sahabat saya yang dahulunya sering menjadi pendengar setia saya dikala saya susah dan senang.
mana sahabat itu pergi?
saya rindu dia.
sungguh saya rindu.
 mungkin setelah dia mendapat teman yang baru, dia lupakan saya. mana perginya janji sahabat itu yang dia akan setia bersama saya?
mana??
 mungkin sudah tidak berguna, bukan?
kepada sahabat itu, :
jika anda membaca entry kali ini,
 saya ingin sekali mengatakan yang saya sangat merindui anda.
saya tidak pernah lupakan anda.
tidak sesekali.

sekiannn :'(

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Dec 23, 2010

lai lai :D

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca,ehee :D
ada cerita mahu dikongsi bersama nie, mai cepat maiii. rugi tak mai join dua kaki.hik !

begini ceritanyaaaa...
hari ini 23 Dis 2010 bersamaan hari khamis aku bersama-sama kakak serta kawan beliau mengunjung Giant yang tersangatlah dekat dengan rumah aku, hehe saje la jalan jalan sebab kami pun dah nak alek. ngee
[buat macam tak balik2 dah ! HAHA :D]
mula mul sekali kitorang g main bowling, haaa bes ! haha diseblik aktiviti nie aku ada la story yang agak memalukan.haha masa aku nak melontarkan kehebatan aku tiba tiba terlepas satu ketulan yang dipanggil bola bowling dari tangan aku '' GEDEBOMMM !!!'' begitulah sedemikian yang agak sama dengan bunyi semasaa bola tersebut terlepas dari tangan aku. sehubungan dengan itu, aku terasa mukaku tersangatlah panas ! haha malu kott wehhh !! semua mata mata yang ada kt situ tengok aku kott ! mukaku yang kehitaman tibatiba berubah agak kemerahan, hahaha grr ! tpi aku berlagak selumber badak bagai takde apa apa yang terjadi =='
cool bebeh cool ! :D hehe
 tudia tudia action kuuu :D


okie dokie stop pulak story nie, 

haa tadi kann mak aku ada buat pizza ! waaaa rendu gile kott kat pizza air tangan mak aku tuuu
jeng jeng jeng 
taraaaaaaaaaaaaaaaaa !
sedapp oo i cakap u ! :D

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Dec 18, 2010

18 disember :)

ada kenangan disebalik tarikh ini ..
:)

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Nov 28, 2010

dapat award ? yes ! :D

salam, 
yuhuuuu cek dapat award !
HAHA
1st time kott dapat nie,
sebelum nie tak pernah dapat lagi
tuu yang macam syok sikit
HAHA
by the way, tengs yea kepada
kerana memberikan saya award !
tengs again ! 
:D

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Nov 23, 2010

oh hatiku .

mengapa dengan hati saya?

hati saya sangat sensitif.
hati saya selalu lukaluka.
hati saya hampa.

oh hati, mengapa kau sebegitu ?
jawablah wahai hati.
jawablahh.


orang yang buat hati saya jadi begitu saya tidak pernah salahkan.
dia tak pernah tahu akan hati saya ini.
hati ini sangat sensetif.
mengapa?
siapakah orang itu ?
adakah anda?
saya pasti bukanlah anda kerana anda semua baikbaik sahaja dengan hati saya.
tapi mungkin ada yang membaca entry ini adalah dia.
tapi siapa?
abaikan soalan ini.
walaubagaimanapun, saya tetap maafkan anda :)





[erghh  ! apa aku merepek nie ?]
sayamemangbegini.
terpulang anda semua mahu fikirkan apa tentang saya.
hanya yang tahu sahaja tahu. [adesh!]



saya mahu renovate hati saya.
saya mahu renew hati saya.

saya perlukan hati yang baru.
ada sesiapa mahu sumbangkan?
tidak ada bukan?
saya sendiri yang perlu,mesti buat hati saya yang baru.



~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~