SENYUM.. kita ada banyak sebab untuk gembira berbanding cuma satu sebab untuk bersedih :)
Showing posts with label ntah~. Show all posts
Showing posts with label ntah~. Show all posts

Oct 22, 2011

10 petanda dia jodoh kita :)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 21, 2011

uhm

SAHABAT.
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 4, 2011

tak tahu apa apa.

semoga..
dengan kesabaran aku ini akan membuahkan sesuatu yang indah..
yang selesa.
insyaAllah..

dugaan..
datang tanpa dipinta. :(
hermm
kuatkan kesabaran aku, Ya Allah..
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jul 2, 2011

ungkapan MAAF itu..

Maaf. Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.


Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu katamu?
Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hatimu?
Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?




Mengalah Bukan Bererti Kalah

Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.
What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air.

Maafkan Dia Kerana Tidak Meminta Maaf Padamu
Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwamu. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA

Maafkan dirimu. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!
Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.

Maaf Itu Membahagiakan
Kalau kamu benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.
Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu.
Abu Burdah r.a berkata:  Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:  Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
sumber :
Artikel iluvislam.com



ehem. bagi aku pulak, kalau aku minta maaf bermakna aku sangat bersungguh-sungguh!  i really mean it. aku bukan berpura-pura. i'm serious. takde istilah main-main kalau aku minta maaf. huhu :)


sekian..
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jun 22, 2011

pengorbanan.


Cuba kita lari dari memikirkan maksud besar istilah pengorbanan itu dan kita beralih kepada perbuatan yang menggambarkan pengorbanan itu sendiri. 

Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku mengenai pengorbanan :

Kita sering melalukan pengorbanan. Hakikatnya pengorbanan itu mestilah dilakukan dengan ikhlas. Ya, ikhlas, ayat yang amat tepat untuk orang yang betul-betul mampu untuk melaksanakannya. Bagi aku, yang hati tidak berapa teguh ini, kadang kala terfikir, adakah aku betul-betul ikhlas? Tidak adakah secebis perasaan seperti sesuatu pengorbanan itu memerlukan balasaan yang setimpal...secebis mungkin banyak...apa kata sekelumit perasaan? Sebagai manusia biasa, aku tidak mungkin lari daripada memikirkan semua itu. Bila sesuatu pengorbanan yang dilakukan itu tidak mendapat sekelumit ganjaran, kadang kala timbul perasaan tidak puas hati. Hurm, persoalan yang sukar untuk dijawab. Biarlah perasaan tidak puas hati itu wujud, aku percaya perasaan itu akan luput dan hilang bila masa berlalu. Memendam perasaan mungkin cara yang salah tapi mungkin juga cara yang terbaik bagi aku. Tepuk dada, tanya selera.

Oleh kerana iman dihati ini tidaklah setebal mana, kadang kala terpikir dunia ini tidak adil. Seringkali apabila mendengar orang berkata dunia tidak adil , kita sering mencantas kata-kata itu dengan mengatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita harus bersabar. Memang benar, tapi bila sesuatu yang mengecewakan dan menghampakan berlaku keatas diri sendiri , barulah kita sedar meungkapkan kata-kata itu merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan. Hurm, mungkin bersabar adalah perkara yang terbaik, dan ini mungkin salah satu pengorbanan. Alamilah sendiri, apabila memberi nasihat, letak diri dalam keadaan itu.

Apabila melakukan sesuatu pengorbanan, pada mulanya kita terfikir, pengorbanan itu kecil dan biasa sahaja. Apabila dibandingkan dengan orang lain, mengapa orang lain tidak melakukan perkara yang sama , dalam erti kata lain tidak melakukan pengorbanan macam kita lakukan, tetapi dia mempunyai kehidupan atau kesenangan yang lebih baik dalam hidupnya. Selepas itu kita akan terfikir, mengapa kita harus melakukan pengorbanan itu? Adilkah semua ini. Situasi semua ini memerlukan satu jawapan. Dan, bagi aku , aku mungkin telah temui jawapannya, semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi jawapan itu hanya aku dapat setelah aku berfikir untuk sekian lama. Hurm...dunia.

Mungkin aku salah dalam mentafsirkan semua itu dan inilah aku, seorang insan biasa. Bagi orang yang sentiasa mempunya nasib yang baik dalam hidupnya, bersyukurkah dan jagalah apa yang diperolehi dengan sebaiknya . Tapi, bagi orang yang nasib sentiasa tidak menyebelahinya, bersabarlah dan ingatlah satu perkara, setiap perkara ada hikmah disebaliknya. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, kehidupan yang lebih baik mungkin menanti kita di akhirat kelak. Inilah satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita.


anda?
apakah nilai pengorbanan pada anda?
fikir-fikirkan :)
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jun 19, 2011

new buddy ! :D

terima kasih buat new buddy saya kerana awak sudi menjadi buddy saya.
saya ikhlas nak berbuddy-buddy dengan awak ! :)



kak zila.
thanks :)
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Jun 17, 2011

kenapa?

erghh. kenapa ye? kenapa aku sekarang sangat malas untuk mengangkat telefon jika ada panggilan?
kenapa aku malas untuk membalas mesej jika ada kiriman walhal pesanan itu penting sekalipun?
erghhh ~
kenapa?
kenapa aku jadi macam nie?
haihhhhhhhh =____=
telefon jatuh bawah katil malas nak korek ambil.
telefon hilang[aku yang letak merata] aku malas nak ambil tahu tapi kalau bab nak tangap gambar si hanan busukbusuk tuuuu reti pulak aku sibuk cari sampai bengangbengang. HAHA -,-" kenapa nie wahai fazlina??
padahal aku mesti, harus wajib n blablabla kena call kawan aku [amani] sebab ada kerja yang perlu aku bereskan. tapi kenapa aku buat benda nie endah tak endah? haihhhh *longgggsighhhhh*

tolong laaaa jawab.
kenapa dengan aku nie haaaa !

eh, emo pulak. hee  sabar sabar.
*poyoss!*



taktau lah apa nak jadi dengan diri aku nie.
~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Dec 11, 2009

syukur !

alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.
akhirnya abis gak SPM aku.hehe lega sgtsgt !

Click Me~

tapi aku takut lak nak dapat result nanti.
huhu doakan aku la ye sahabat !
hehe.
sayang korang !

Click Me~


~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Dec 2, 2009

tade keje.

hurm.. i'm bored ! huhu help me bebeh.

MyHotComments.com

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Nov 26, 2009

Lappy Tersayang kakak kuh Amirah~

COMPAQ

assalamualaikum wbt..~nie aku paparkan gamba lappy kakak kuh.ehee~maaf lah aku tak pnadai sgt nak amik gamba neh ehe~

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

laptop baru kak yayah

salam semua.hehe kaka kuh tersayang dah dapat lappy yang dia inginkan selama dia g ngaji kat uitm nie.akhirnye tercapai jgk hasrat tersayang dia.ehe~ aku pun tumpang gumbira jgk lah.(sebok japp)aha! haa nnt aku upload amba lappy dia oke? sampai sini dulu assalamualaikum semua.:)

~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~

Nov 25, 2009

Rahmat Ujian Allah..~

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.


Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,

"Bukankah Subuh itu sudah tiba."

Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.


~seorang hamba yang menagih keampunan dari TuhanNYa~